Saturday, 11 February 2017

~~~Konsep Patriotism~~~


Apakah itu Patriotism?

Patriotisme didefinisikan sebagai sikap-sikap positif dan menolong terhadap 'tanah air' , oleh individu-individu dan kumpulan-kumpulan. 'Tanah air' (atau 'ibu pertiwi') itu mungkin suatu bandar atau rantau, namun patriotisme ini bermaksud bangsa dan/atau negara. Patriotisme meliputi sikap-sikap seperti: bangga akan pencapaian dan budaya bangsa, kehendak memelihara ciri-ciri bangsa dan dasar budayanya, dan identifikasi dengan ahli-ahli lain dalam bangsa. Patriotisme dikait rapat dengan nasionalisme, dan istilah-istilah ini digunakan seolah-olah bersinonim dengan satu sama lain. Sebenarnya, nasionalisme ialah sejenis ideologi - namun nasionalisme selalu memupuk nilai-nilai patriotik sebagai sikap yang sewajarnya. (Kedua-dua gerakan politik nasionalis dan penyataan patriotik mungkin, namun tidak semestinya, bersikap negatif terhadap 'tanah air' bangsa lain).
Patriotisme mengandungi konotasi etika: adalah dibayangkan bahawa 'tanah air' ini (biar bagaimana sekalipun ertinya) sendirinya adalah satu taraf moral atau niali moral. Penyataan negaraku benar atau salah - mungkin salah tafsir petikan dari pegawai tentera laut Amerika Syarikat Stephen Decatur, tetapi juga dianggap dinyatakan oleh Carl Schurz - merupakan bentuk yang teramat sangat bagi kepercayaan ini. Patriotisme juga membayangkan bahawa seseorang wajar mengutamakan kepentingan negara berbanding kepentingan diri dan kelompoknya. Ketika peperangan, mungkin nyawa diri yang perlu dikorbankan. Gugur dalam pertempuran merupakan contoh biasa bagi patriotisme melampau.



Pendahuluan

   Setiap negara mempunyai sejarah yang tersendiri. Di  Malaysia, sejarah yang ada telah membentuk identiti negara kita. Negara kita terdiri daripada rakyat yanhg berbilang kaum iaitu Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun dan sebagainya. Perpaduan kaum yang terbentuk pada masa dahulu sehingga kini merupakan satu pencapaian negara yang amat membanggakan. Rakyat yang berbilang kaum ini dapat hidup bersama secara aman damai kerana mereka mempunyai semangat patriotik yang kukuh dan kental dalam diri mereka.Walau bagaimanapun, adakah generasi baharu pasca merdeka mempunyai semangat patriotisme yang kuat atuapun yang rendah berbanding generasi terdahulu ?

  Patriotisme dan aspek-aspek kenegaraan adalah nilai-nilai penentu kepada jati diri rakyat dan riwayat sesebuah negara bangsa. Pengaplikasikan konsep patriotisme dalam kehidupan dan mewujudkan warga yang tinggi jati diri, cintakan negara dan sanggup berjuang mempertahan dan memakmurkan negara. Individu adalah entiti tunggal masyarakat, patriotisme adalah jiwa warga yang cintakan negara.


 Pengenalan

Patriotisme sering dikaitkan dengan kesetiaan dan kecintaan terhadap negara sendiri. Seseorang itudianggap berjiwa patriot apabila kepercayaan, amalan dan tindakannya menepati ciri-ciri patriotismeyang berteraskan kecintaan dan kesetiaan kepada negara (Nik Anuar Nik Mahmud: 2002). Namun,mutakhir ini, semangat patriotisme kelihatan agak longgar di kalangan masyarakat khususnya dikalangan pelajar. Semangat yang longgar ini ditandai dengan kurangnya penglibatan pelajar dalam pasukan beruniform, sambutan bulan kemerdekaan yang agak hambar, penglibatan dalam jenayah danisu-isu yang menyentuh kedaulatan negara dianggap terpencil dan remeh seperti isu Pulau Batu Putihdan penambakan laut oleh negara jiran (Affifuddin Omar: 2002). Situasi ini menunjukkan bahawa para pelajar tidak memahami nilai-nilai patriotisme dan menghayatinya.


 Konsep Patriotism

Patriotisme berasal daripada bahasa Greek, iaitu patriotes yang bermakud fellow countrymen iaitu senegara dan patrice yang bermakna fatherland atau country,iaitu tanah air atau negara, Ini membawa pengertian individu atau kumpulan yang berada di hadapan dalam usaha membela tanah air.Seorang patriot dikatakan sebagai seorang yang cintakan negaranya dan akan membuat apa sahajauntuk mempertahankannya. Patriot bermaksud orang yang mempertahankan (memperjuangkan)kebebasan atau hak tanah air atau pembela negara (Kamus Dewan dan Oxford English Dictionary).Patriot juga bererti orang yang cinta tanah airnya dan akan melakukan apa saja demi untuknya (NewWebster's Dictionary)


 Ciri-ciri Patriotism

Ciri-ciri yang berkaitan dengan semangat patriotism kerap menjadi bahan perbincangan segenap lapisan masyarakat Malaysia. Hal ini kerana semangat patriotism amat penting dalam konteks negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagal kaum dan agama. Tujuan utama semangat patriotism ini sering diperkatakan adalah untuk memperbaiki dan meningkatkan semangat patriotism di kalangan semua rakyat. Sebenarnya terdapat beberapa kepentingan atau kebaikan semangat patrlotisme di kalangan rakyat.

Kepentingan pertama semangat patriotism di kalangan rakyat adalah untuk memupuk dan mengekalkan semangat cinta akan negara. Dengan wujudnya semangat cinta akan negara di kalangan rakyat, pasti negara akan terus aman dan damai. Sesungguhnya anasir luar atau musuh negara amat menyukai jika rakyat Malaysia tidak mempunyai semangat patriotisme. Apabila keadaan ini berlaku, pasti negara akan mudah ditakluki oleh negara yang ingin menjajah lagi negara kita.

Selain itu, semangat patriotism juga dapat menjadi pemangkin kepada kemajuan negara. Dengan wujudnya semangat patriotisme, rakyat akan bekerja kuat untuk memajukan negara. Rakyat juga pasti akan bekerja bersungguh-sungguh agar dapat menyumbang ke arah pembangunan negara. Semangat patriotism akan menjadikan keadaan negara aman damai dan ini akan mendorong leblh ramal pelabur asing membuka perniagaan di Malaysia. Sesungguhnya, kedatangan pelabur asing ini akan membuka peluang pekerjaan, menaikkan lagi taraf hidup rakyat dan seterusnya negara kita akan terus maju.

Semangat patriotism juga dapat memupuk perpaduan kaum. Sesungguhnya, semangat patriotism akan membentuk rakyat yang lebih mementingkan kepentingan negara daripada kepentingan kaum. Dengan wujudnya perpaduan kaum, maka kerajaan akan dapat melaksanakan pelbagai  program pembangunan untuk kemudahan rakyat. Selain itu, suasana yang harmoni antara kaum akan dapat diwujudkan. Seterusnya suasana harmoni ini akan dapat merangsang perkembangan sektor pelancongan negara.

Kebaikan lain semangat patriotism pasti dapat memberi kesedaran kepada generasi muda. Selain itu, generasi muda yang mempunyai semangat patriotisme tidak akan melibatkan diri dengan perkara negatif seperti gejala sosial dan vandalisme. Sesungguhnya, mata pelajaran Sejarah yang diajar di sekolah adalah baik kerana dapat memberikan pengetahuan dan pengajaran tentang sejarah negara kepada generasi muda.

Di samping itu, semangat patriotism di kalangan rakyat juga dapat menaikkan imej negara. Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang aman dan pesat membangun. Negara Malaysia dapat membangun dengan pesat kerana wujudnya semangat patriotisme yang tinggi di kalangan rakyat. Oleh itu, tidak hairanlah negara Malaysia telah menjadi contoh kepada negara lain dalam menerapkan semangat patriotisme di kalangan rakyat. Malaysia juga telah beberapa kali menjadi orang tengah dalam menyelesaikan konflik kaum dan agama di beberapa buah negara jiran.





Kepentingan Semangat Patriotism

Semangat patriotisme kerap menjadi bahan perbincangan segenap lapisan masyarakat Malaysia. Hal ini kerana semangat patriotisme amat penting dalam konteks negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagal kaum dan agama. Tujuan utama semangat patriotisme ini sering diperkatakan adalah untuk memperbaiki dan meningkatkan semangat patriotisme di kalangan semua rakyat. Sebenarnya terdapat beberapa kepentingan atau kebaikan semangat patrlotisme di kalangan rakyat.

Kepentingan pertama semangat patriotisme di kalangan rakyat adalah untuk memupuk dan mengekalkan semangat cinta akan negara. Dengan wujudnya semangat cinta akan negara di kalangan rakyat, pasti negara akan terus aman dan damai. Sesungguhnya anasir luar atau musuh negara amat menyukai jika rakyat Malaysia tidak mempunyai semangat patriotisme. Apabila keadaan ini berlaku, pasti negara akan mudah ditakluki oleh negara yang ingin menjajah lagi negara kita.

Selain itu, semangat patriotisme juga dapat menjadi pemangkin kepada kemajuan negara. Dengan wujudnya semangat patriotisme, rakyat akan bekerja kuat untuk memajukan negara. Rakyat juga pasti akan bekerja bersungguh-sungguh agar dapat menyumbang ke arah pembangunan negara. Semangat patriotisme akan menjadikan keadaan negara aman damai dan ini akan mendorong leblh ramal pelabur asing membuka perniagaan di Malaysia. Sesungguhnya, kedatangan pelabur asing ini akan membuka peluang pekerjaan, menaikkan lagi taraf hidup rakyat dan seterusnya negara kita akan terus maju.

Semangat patriotisme juga dapat memupuk perpaduan kaum. Sesungguhnya, semangat patriotisme akan membentuk rakyat yang lebih mementingkan kepentingan negara daripada kepentingan kaum. Dengan wujudnya perpaduan kaum, maka kerajaan akan dapat melaksanakan pelbagai program pembangunan untuk kemudahan rakyat. Selain itu, suasana yang harmoni antara kaum akan dapat diwujudkan. Seterusnya suasana harmoni ini akan dapat merangsang perkembangan sektor pelancongan negara.

Kebaikan lain semangat patriotisme di kalangan rakyat ialah ia dapat menjadi contoh kepada generasi muda. Generasi muda khususnya yang lahir selepas merdeka kurang memahami kepentingan semangat patriotisme. Dengan adanya program-program yang menjurus kepada mewujudkan semangat patriotisme seperti sambutan Bulan Kemerdekaan ianya pasti dapat memberi kesedaran kepada generasi muda. Selain itu, generasi muda yang mempunyai semangat patriotisme tidak akan melibatkan diri dengan perkara negatif seperti gejala sosial dan vandalisme. Sesungguhnya, mata pelajaran Sejarah yang diajar di sekolah adalah baik kerana dapat memberikan pengetahuan dan pengajaran tentang sejarah negara kepada generasi muda.

Di samping itu, semangat patriotisme di kalangan rakyat juga dapat menaikkan imej negara. Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang aman dan pesat membangun. Negara Malaysia dapat membangun dengan pesat kerana wujudnya semangat patriotisme yang tinggi di kalangan rakyat. Oleh itu, tidak hairanlah negara Malaysia telah menjadi contoh kepada negara lain dalam menerapkan semangat patriotisme di kalangan rakyat. Malaysia juga telah beberapa kali menjadi orang tengah dalam menyelesaikan konflik kaum dan agama di beberapa buah negara jiran.




 Langkah-langkah Meningkatkan Semangat Patriotism

Salah satu langkah menigkatkan semangat patriotime adalah kita perlu mencari berbagai-bagai cara untuk memupuk semangat patriotisme. Cara pertama untuk memupuk semangat patriotisme ialah ibu bapa perlu memainkan peranan. Ibu bapa boleh mengajak anak-anak ke tempat bersejarah. Contoh tempat bersejarah yang boleh dilawati ialah Kota 'A' Famosa di Melaka. Ibu bapa juga boleh menceritakan tentang kejatuhan kerajaan Melaka dan Portugis membina 'A' Famosa. Ibubapa juga boleh bercerita kepada anak-anak tentang kisah bagaimana tokoh zaman dahulu membangunkan negara.

Ibu bapa boleh membelikan anak-anak buku, DVD dan sebagainya yang mengandungi isu-isu berkaitan patriotisme. Perkara ini sesuai dilakukan kepada anak-anak sejak kecil kerana "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Jelaslah ibu bapa merupakan orang yang kuat mempengaruhi anak-anak dengan semangat patriotisme. Selain itu,pihak sekolah perlu memainkan peranan utama. Pelajar-pelajar menghabiskan masa selama lebih daripada 6 jam setiap hari di sekolah. Justeru,peluang sangat terbuka kepada guru untuk menerapkan elemen patriotisme melalui pelbagai matapelajaran seperti Sejarah, Sivik dan Kewarganegaraan, Bahasa Melayu, Geografi dan sebagainya.

Guru juga boleh mengajak pelajar-pelajar menyertai pelbagai seperti ucapan, pidato, bahas dan sebagainya. Pada bulan kemerdekaan, guru boleh mengajak pelajar menyertai sambutan hari kemerdekaan. Antara acara yang boleh dijalankan termasuk nyanyian lagu patriotik,tayangan filem berkaitan semangat patriotik dan sebagainya. Jelaslah, pihak sekolah turut sama berperanan untuk menyemai semangat patriotis di kalangan pelajar sepanjang tahun mereka berada di sekolah.

Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotisme ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan  semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Kementerian Penerangan Malaysia di samping media elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Dengan perkataan lain, televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan negara.

Selain itu, media elektronik itu juga hendaklah menyiarkan filem seperti "Bukit Kepong", "Paloh" dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan negara. Jelaslah bahawa media massa juga seharusnya memainkan peranan dalam menyemai semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat di negara kita. Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab pula perlulah menjalankan aktiviti yang bersesuaian dengan usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat agar dapat memupuk semangat ini. Aktiviti tersebut boleh dijalankan dikampung-kampung dan juga di kawasan perumahan.

Aktiviti seperti sambutan hari kemerdekaan pada peringkat taman perumahan dan kampung perlulah digalakkan. Disamping itu, Jabatan Penyiaran atau stesen televisyen juga perlu mengadakan forum tentang semangat patriotik dengan menjemput tokoh-tokoh akademik daripada pelbagai bangsa dan juga tokoh masyarakat yang memperjuangkan semangat kemerdekaan suatu masa dahulu. Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita.

Jelaslah bahawa peranan kerajaan juga dapat memupuk semangat patriotisme pelbagai kaum di negara kita. Kesimpulannya, cara untuk memupuk semangat patriotisme perlulah dijalankan sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian kerana dapat melahirkan warganegara yang cinta akan negara dan menjadi individu yang berguna kepada bangsa dan negara. 



Pemupukan Nasionalisme dalam Kalangan Remaja



 Malahan, mata pelajaran Sejarah boleh digunakan sebagai alat untuk menyemai sikap patriotik dalam minda remaja kita. Subjek ini yang penuh dengan fakta dan kisah perjuangan pejuang negara mampu dihayati oleh pelajar jika cara penyampaiannya lebih berkesan dan praktikal. Pelajar yang memahami dan menghargai subjek Sejarah sudah pasti akan mempunyai satu pandangan positif tentang negaranya kerana menyedari betapa besarnya pengorbanan yang sudah dilakukan oleh generasi sebelum mereka untuk memastikan negara ini terus wujud di persada dunia. Justeru, subjek Sejarah boleh dijadikan medium yang berkesan untuk memastikan setiap remaja kita memiliki sikap patriotik yang mendalam.


Natijahnya, semangat patriotik ini harus ditanam dengan mendalam dalam jiwa remaja kita. Semua pihak hendaklah bekerjasama untuk memastikan usaha murni ini berjaya dilaksanakan dengan mudah. Kejayaan menanam sikap positif ini mampu menjadikan negara ini kebal daripada arus perubahan politik dan sosial yang melanda seluruh dunia kini. Cuma, kita harus sedar lebih awal kita melaksanakannya maka lebih baiklah buat remaja kita sendiri.


Rumusan

Usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik perlulah dijalankan sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian kerana, semangat patriotik ini penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri. Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju yang lain. Skiranya semangat patriotik tidak dapat dipupuk dalam kalangan remaja, pastilah mereka tidak ada perasaan cinta akan negara dan menyebabkan mereka hilang jati diri. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat.

 Semangat patriotism dapat membantu pembangunan masyarakat dan pembangunan ekonomi. Pelaksanaan dasar-dasar kerajaan dapat dilakukan dengan mudah kerana masing-masing mempunyai inisiatif untuk membangun Negara. Industri pelancongan juga dapat dikembangkan. Negara berdaulat dan dihormati oleh orang ramai. Negara boleh menggorak langkah yang lebih jauh untuk mencapai Negara maju bukan sahaja dari aspek ekonomi tetapi jati diri bangsa Negara tersebut.





Rujukan

~Buku Teks Nilai Masyarakat & Pengajian Malaysia
~Buku Rujukan Nilai Masyarakat
~Surat Khabar
~Internet
https://www.google.com/search?q=patriotisme+malaysia&oq=pa&aqs=chrome.0.69i59j69i57j0l4.2361j0j9&sourceid=chrome&ie=UTF-8







Disediakan Oleh,
Thiruvicknes A/L T.Ramachandran
Jakan A/L Sathiyanandan Elangovan
Koogulan A/L Renganathan
Puvarasan A/L Kathir Gamam