Apakah itu Patriotism?
Patriotisme didefinisikan sebagai sikap-sikap positif dan menolong terhadap 'tanah air' , oleh individu-individu dan kumpulan-kumpulan. 'Tanah air' (atau 'ibu pertiwi') itu mungkin suatu bandar atau rantau, namun patriotisme ini bermaksud bangsa dan/atau negara. Patriotisme meliputi sikap-sikap seperti: bangga akan pencapaian dan budaya bangsa, kehendak memelihara ciri-ciri bangsa dan dasar budayanya, dan identifikasi dengan ahli-ahli lain dalam bangsa. Patriotisme dikait rapat dengan nasionalisme, dan istilah-istilah ini digunakan seolah-olah bersinonim dengan satu sama lain. Sebenarnya, nasionalisme ialah sejenis ideologi - namun nasionalisme selalu memupuk nilai-nilai patriotik sebagai sikap yang sewajarnya. (Kedua-dua gerakan politik nasionalis dan penyataan patriotik mungkin, namun tidak semestinya, bersikap negatif terhadap 'tanah air' bangsa lain).
Patriotisme mengandungi konotasi etika: adalah dibayangkan bahawa 'tanah air' ini (biar bagaimana sekalipun ertinya) sendirinya adalah satu taraf moral atau niali moral. Penyataan negaraku benar atau salah - mungkin salah tafsir petikan dari pegawai tentera laut Amerika Syarikat Stephen Decatur, tetapi juga dianggap dinyatakan oleh Carl Schurz - merupakan bentuk yang teramat sangat bagi kepercayaan ini. Patriotisme juga membayangkan bahawa seseorang wajar mengutamakan kepentingan negara berbanding kepentingan diri dan kelompoknya. Ketika peperangan, mungkin nyawa diri yang perlu dikorbankan. Gugur dalam pertempuran merupakan contoh biasa bagi patriotisme melampau.
Pendahuluan
Setiap negara mempunyai sejarah
yang tersendiri. Di Malaysia, sejarah yang ada telah membentuk identiti
negara kita. Negara kita terdiri daripada rakyat yanhg berbilang kaum iaitu
Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun dan sebagainya. Perpaduan kaum yang
terbentuk pada masa dahulu sehingga kini merupakan satu pencapaian negara yang
amat membanggakan. Rakyat yang berbilang kaum ini dapat hidup bersama secara
aman damai kerana mereka mempunyai semangat patriotik yang kukuh dan kental dalam
diri mereka.Walau bagaimanapun, adakah generasi baharu pasca merdeka mempunyai
semangat patriotisme yang kuat atuapun yang rendah berbanding generasi
terdahulu ?
Patriotisme dan aspek-aspek
kenegaraan adalah nilai-nilai penentu kepada jati diri rakyat dan riwayat
sesebuah negara bangsa. Pengaplikasikan konsep patriotisme dalam kehidupan dan
mewujudkan warga yang tinggi jati diri, cintakan negara dan sanggup berjuang
mempertahan dan memakmurkan negara. Individu adalah entiti tunggal masyarakat, patriotisme
adalah jiwa warga yang cintakan negara.
Pengenalan
Patriotisme
sering dikaitkan dengan kesetiaan dan kecintaan terhadap negara sendiri.
Seseorang itudianggap berjiwa patriot apabila kepercayaan, amalan dan
tindakannya menepati ciri-ciri patriotismeyang berteraskan kecintaan dan
kesetiaan kepada negara (Nik Anuar Nik Mahmud: 2002). Namun,mutakhir ini,
semangat patriotisme kelihatan agak longgar di kalangan masyarakat khususnya dikalangan
pelajar. Semangat yang longgar ini ditandai dengan kurangnya penglibatan
pelajar dalam pasukan beruniform, sambutan bulan kemerdekaan
yang agak hambar, penglibatan dalam jenayah danisu-isu
yang menyentuh kedaulatan negara dianggap terpencil dan remeh seperti isu Pulau
Batu Putihdan penambakan laut oleh negara jiran (Affifuddin Omar: 2002).
Situasi ini menunjukkan bahawa para pelajar tidak memahami nilai-nilai
patriotisme dan menghayatinya.
Konsep Patriotism
Patriotisme
berasal daripada bahasa Greek, iaitu patriotes yang bermakud fellow countrymen
iaitu senegara dan patrice yang bermakna fatherland atau country,iaitu tanah
air atau negara, Ini membawa pengertian individu atau kumpulan yang berada di
hadapan dalam usaha membela tanah air.Seorang patriot dikatakan sebagai
seorang yang cintakan negaranya dan akan membuat apa sahajauntuk
mempertahankannya. Patriot bermaksud orang yang mempertahankan (memperjuangkan)kebebasan
atau hak tanah air atau pembela negara (Kamus Dewan dan Oxford English
Dictionary).Patriot juga bererti orang yang cinta tanah airnya dan akan
melakukan apa saja demi untuknya (NewWebster's Dictionary)
Ciri-ciri Patriotism
Ciri-ciri yang
berkaitan dengan semangat patriotism kerap menjadi bahan perbincangan segenap
lapisan masyarakat Malaysia. Hal ini kerana semangat patriotism amat penting
dalam konteks negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagal kaum dan agama.
Tujuan utama semangat patriotism ini sering diperkatakan adalah untuk
memperbaiki dan meningkatkan semangat patriotism di kalangan semua rakyat.
Sebenarnya terdapat beberapa kepentingan atau kebaikan semangat patrlotisme di
kalangan rakyat.
Kepentingan pertama semangat patriotism di kalangan
rakyat adalah untuk memupuk dan mengekalkan semangat cinta akan negara. Dengan wujudnya
semangat cinta akan negara di kalangan rakyat, pasti negara akan terus aman dan
damai. Sesungguhnya anasir luar atau musuh negara amat menyukai jika rakyat
Malaysia tidak mempunyai semangat patriotisme. Apabila keadaan ini berlaku,
pasti negara akan mudah ditakluki oleh negara yang ingin menjajah lagi negara
kita.
Selain itu, semangat patriotism juga dapat menjadi
pemangkin kepada kemajuan negara. Dengan wujudnya semangat patriotisme, rakyat
akan bekerja kuat untuk memajukan negara. Rakyat juga pasti akan bekerja
bersungguh-sungguh agar dapat menyumbang ke arah pembangunan negara. Semangat
patriotism akan menjadikan keadaan negara aman damai dan ini akan mendorong
leblh ramal pelabur asing membuka perniagaan di Malaysia. Sesungguhnya,
kedatangan pelabur asing ini akan membuka peluang pekerjaan, menaikkan lagi
taraf hidup rakyat dan seterusnya negara kita akan terus maju.
Semangat patriotism juga dapat memupuk perpaduan kaum.
Sesungguhnya, semangat patriotism akan membentuk rakyat yang lebih mementingkan
kepentingan negara daripada kepentingan kaum. Dengan wujudnya perpaduan kaum,
maka kerajaan akan dapat melaksanakan pelbagai program pembangunan untuk
kemudahan rakyat. Selain itu, suasana yang harmoni antara kaum akan dapat
diwujudkan. Seterusnya suasana harmoni ini akan dapat merangsang perkembangan
sektor pelancongan negara.
Kebaikan lain semangat patriotism pasti dapat memberi kesedaran kepada generasi muda. Selain itu, generasi muda yang mempunyai semangat patriotisme tidak akan melibatkan diri dengan perkara negatif seperti gejala sosial dan vandalisme. Sesungguhnya, mata pelajaran Sejarah yang diajar di sekolah adalah baik kerana dapat memberikan pengetahuan dan pengajaran tentang sejarah negara kepada generasi muda.

Di samping itu, semangat patriotism di kalangan rakyat
juga dapat menaikkan imej negara. Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang
aman dan pesat membangun. Negara Malaysia dapat membangun dengan pesat kerana
wujudnya semangat patriotisme yang tinggi di kalangan rakyat. Oleh itu, tidak
hairanlah negara Malaysia telah menjadi contoh kepada negara lain dalam
menerapkan semangat patriotisme di kalangan rakyat. Malaysia juga telah
beberapa kali menjadi orang tengah dalam menyelesaikan konflik kaum dan agama
di beberapa buah negara jiran.
Kepentingan Semangat Patriotism
Semangat
patriotisme kerap menjadi bahan perbincangan segenap lapisan masyarakat
Malaysia. Hal ini kerana semangat patriotisme amat penting dalam konteks negara
Malaysia yang terdiri daripada pelbagal kaum dan agama. Tujuan utama semangat
patriotisme ini sering diperkatakan adalah untuk memperbaiki dan meningkatkan
semangat patriotisme di kalangan semua rakyat. Sebenarnya terdapat beberapa
kepentingan atau kebaikan semangat patrlotisme di kalangan rakyat.
Kepentingan pertama semangat patriotisme di kalangan
rakyat adalah untuk memupuk dan mengekalkan semangat cinta akan negara. Dengan
wujudnya semangat cinta akan negara di kalangan rakyat, pasti negara akan terus
aman dan damai. Sesungguhnya anasir luar atau musuh negara amat menyukai jika
rakyat Malaysia tidak mempunyai semangat patriotisme. Apabila keadaan ini
berlaku, pasti negara akan mudah ditakluki oleh negara yang ingin menjajah lagi
negara kita.
Selain itu, semangat patriotisme juga dapat menjadi
pemangkin kepada kemajuan negara. Dengan wujudnya semangat patriotisme, rakyat
akan bekerja kuat untuk memajukan negara. Rakyat juga pasti akan bekerja
bersungguh-sungguh agar dapat menyumbang ke arah pembangunan negara. Semangat
patriotisme akan menjadikan keadaan negara aman damai dan ini akan mendorong
leblh ramal pelabur asing membuka perniagaan di Malaysia. Sesungguhnya,
kedatangan pelabur asing ini akan membuka peluang pekerjaan, menaikkan lagi
taraf hidup rakyat dan seterusnya negara kita akan terus maju.
Semangat
patriotisme juga dapat memupuk perpaduan kaum. Sesungguhnya, semangat
patriotisme akan membentuk rakyat yang lebih mementingkan kepentingan negara
daripada kepentingan kaum. Dengan wujudnya perpaduan kaum, maka kerajaan akan
dapat melaksanakan pelbagai program pembangunan untuk kemudahan rakyat. Selain
itu, suasana yang harmoni antara kaum akan dapat diwujudkan. Seterusnya suasana
harmoni ini akan dapat merangsang perkembangan sektor pelancongan negara.
Kebaikan lain semangat patriotisme di kalangan rakyat ialah ia dapat menjadi contoh kepada generasi muda. Generasi muda khususnya yang lahir selepas merdeka kurang memahami kepentingan semangat patriotisme. Dengan adanya program-program yang menjurus kepada mewujudkan semangat patriotisme seperti sambutan Bulan Kemerdekaan ianya pasti dapat memberi kesedaran kepada generasi muda. Selain itu, generasi muda yang mempunyai semangat patriotisme tidak akan melibatkan diri dengan perkara negatif seperti gejala sosial dan vandalisme. Sesungguhnya, mata pelajaran Sejarah yang diajar di sekolah adalah baik kerana dapat memberikan pengetahuan dan pengajaran tentang sejarah negara kepada generasi muda.
Di samping itu, semangat patriotisme di kalangan rakyat juga dapat menaikkan imej negara. Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang aman dan pesat membangun. Negara Malaysia dapat membangun dengan pesat kerana wujudnya semangat patriotisme yang tinggi di kalangan rakyat. Oleh itu, tidak hairanlah negara Malaysia telah menjadi contoh kepada negara lain dalam menerapkan semangat patriotisme di kalangan rakyat. Malaysia juga telah beberapa kali menjadi orang tengah dalam menyelesaikan konflik kaum dan agama di beberapa buah negara jiran.

Langkah-langkah Meningkatkan Semangat Patriotism
Salah satu langkah menigkatkan
semangat patriotime adalah kita perlu mencari berbagai-bagai cara
untuk memupuk semangat patriotisme. Cara pertama untuk memupuk semangat
patriotisme ialah ibu bapa perlu memainkan peranan. Ibu bapa boleh mengajak
anak-anak ke tempat bersejarah. Contoh tempat bersejarah yang boleh dilawati
ialah Kota 'A' Famosa di Melaka. Ibu bapa juga boleh menceritakan tentang
kejatuhan kerajaan Melaka dan Portugis membina 'A' Famosa. Ibubapa juga boleh
bercerita kepada anak-anak tentang kisah bagaimana tokoh zaman dahulu
membangunkan negara.
Ibu bapa boleh membelikan anak-anak buku, DVD dan sebagainya yang mengandungi isu-isu berkaitan patriotisme. Perkara ini sesuai dilakukan kepada anak-anak sejak kecil kerana "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Jelaslah ibu bapa merupakan orang yang kuat mempengaruhi anak-anak dengan semangat patriotisme. Selain itu,pihak sekolah perlu memainkan peranan utama. Pelajar-pelajar menghabiskan masa selama lebih daripada 6 jam setiap hari di sekolah. Justeru,peluang sangat terbuka kepada guru untuk menerapkan elemen patriotisme melalui pelbagai matapelajaran seperti Sejarah, Sivik dan Kewarganegaraan, Bahasa Melayu, Geografi dan sebagainya.
Guru juga boleh mengajak pelajar-pelajar menyertai pelbagai seperti ucapan, pidato, bahas dan sebagainya. Pada bulan kemerdekaan, guru boleh mengajak pelajar menyertai sambutan hari kemerdekaan. Antara acara yang boleh dijalankan termasuk nyanyian lagu patriotik,tayangan filem berkaitan semangat patriotik dan sebagainya. Jelaslah, pihak sekolah turut sama berperanan untuk menyemai semangat patriotis di kalangan pelajar sepanjang tahun mereka berada di sekolah.
Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotisme ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Kementerian Penerangan Malaysia di samping media elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Dengan perkataan lain, televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan negara.
Selain itu, media elektronik itu juga hendaklah menyiarkan filem seperti "Bukit Kepong", "Paloh" dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan negara. Jelaslah bahawa media massa juga seharusnya memainkan peranan dalam menyemai semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat di negara kita. Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab pula perlulah menjalankan aktiviti yang bersesuaian dengan usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat agar dapat memupuk semangat ini. Aktiviti tersebut boleh dijalankan dikampung-kampung dan juga di kawasan perumahan.
Aktiviti seperti sambutan hari kemerdekaan pada peringkat taman perumahan dan kampung perlulah digalakkan. Disamping itu, Jabatan Penyiaran atau stesen televisyen juga perlu mengadakan forum tentang semangat patriotik dengan menjemput tokoh-tokoh akademik daripada pelbagai bangsa dan juga tokoh masyarakat yang memperjuangkan semangat kemerdekaan suatu masa dahulu. Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita.
Jelaslah bahawa peranan kerajaan juga dapat memupuk semangat patriotisme pelbagai kaum di negara kita. Kesimpulannya, cara untuk memupuk semangat patriotisme perlulah dijalankan sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian kerana dapat melahirkan warganegara yang cinta akan negara dan menjadi individu yang berguna kepada bangsa dan negara.

Pemupukan Nasionalisme dalam Kalangan Remaja
Malahan, mata pelajaran Sejarah boleh digunakan sebagai alat untuk
menyemai sikap patriotik dalam minda remaja kita. Subjek ini yang penuh dengan
fakta dan kisah perjuangan pejuang negara mampu dihayati oleh pelajar jika cara
penyampaiannya lebih berkesan dan praktikal. Pelajar yang memahami dan
menghargai subjek Sejarah sudah pasti akan mempunyai satu pandangan positif
tentang negaranya kerana menyedari betapa besarnya pengorbanan yang sudah
dilakukan oleh generasi sebelum mereka untuk memastikan negara ini terus wujud
di persada dunia. Justeru, subjek Sejarah boleh dijadikan medium yang berkesan
untuk memastikan setiap remaja kita memiliki sikap patriotik yang mendalam.
Natijahnya, semangat patriotik ini harus ditanam
dengan mendalam dalam jiwa remaja kita. Semua pihak hendaklah bekerjasama untuk
memastikan usaha murni ini berjaya dilaksanakan dengan mudah. Kejayaan menanam
sikap positif ini mampu menjadikan negara ini kebal daripada arus perubahan
politik dan sosial yang melanda seluruh dunia kini. Cuma, kita harus sedar lebih awal
kita melaksanakannya maka lebih baiklah buat remaja kita sendiri.
Rumusan
Usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik perlulah
dijalankan sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian kerana, semangat
patriotik ini penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya
dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya
sendiri. Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan
sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan
pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju yang lain.
Skiranya semangat patriotik tidak dapat dipupuk dalam kalangan remaja, pastilah
mereka tidak ada perasaan cinta akan negara dan menyebabkan mereka hilang jati
diri. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan
masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam
kalangan masyarakat.
Semangat patriotism
dapat membantu pembangunan masyarakat dan pembangunan ekonomi. Pelaksanaan dasar-dasar
kerajaan dapat dilakukan dengan mudah kerana masing-masing mempunyai inisiatif
untuk membangun Negara. Industri pelancongan juga dapat dikembangkan. Negara
berdaulat dan dihormati oleh orang ramai. Negara boleh menggorak langkah yang
lebih jauh untuk mencapai Negara maju bukan sahaja dari aspek ekonomi tetapi
jati diri bangsa Negara tersebut.
Rujukan
~Buku Teks Nilai Masyarakat & Pengajian Malaysia
~Buku Rujukan Nilai Masyarakat
~Surat Khabar
~Internet
https://www.google.com/search?q=patriotisme+malaysia&oq=pa&aqs=chrome.0.69i59j69i57j0l4.2361j0j9&sourceid=chrome&ie=UTF-8
Disediakan Oleh,
Thiruvicknes A/L T.Ramachandran
Jakan A/L Sathiyanandan Elangovan
Koogulan A/L Renganathan
Puvarasan A/L Kathir Gamam
No comments:
Post a Comment